Ok sempena cuti ni memandangkan dunia blog dan FB telah dilanda crepe durian maka waktu cuti semalam aku berhempas pulas membuat crepe durian...pagi cari bahan petang buat....memang sedap patutla semua dok demam ....
Ok ni hasilnya ....
Resepinyer :
Sumber : Kak Azlita Masam Manis
DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE
By : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Hesti
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau
Satukan semua bahan di
atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender
dan kisar
Kemudian tapis
Sediakan kuali leper
untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali
benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak
pada kuali
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk
kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di
balikkan
Bila permukaan atasnya
dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.
Durian Filling
By: Nia Kurniasih
Rujukan : Hesti
1 cawan Non dairy
Whipping Cream
Isi durian secukupnya
Pukul Whipping Cream
dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari
bijinya. Lumatkan sedikit
so apa tunggu lagi
bolehla cuba cuti2 ni...kalau malas beli jer RM10/paket
0 comments:
Post a Comment