Salam mummy-mummy, ibu-ibu, mak-mak,mama-mama
Bagi mummy-mummy yang berpantang sendiri atau mak jaga, mak mentua jaga di bawah ni saya share sikit pemakanan yang boleh di makan ketika berpantang disamping boleh menambahkan susu.
1. Banyakkan minum air/jus buah-buahan/makanan bersup.(sehari dlm 2liter++)
2. Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.
3. Banyakkan makanan berprotein.
4. Makan nasi panas bersama halia muda (hiris nipis2) campur dgn air asam
5. Minum air asam jawa direbus dengan gula merah bersama dengan asam keping.
6. Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus hingga didih. Minum air rebusan 2-3x sehari
7. Ambil lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air
suam. Minum 2x sehari. Juga boleh dibuat sup lobak putih..
8. Makan lebih sayur2an yang dapat membanyakkan air susu ibu seperti brokoli,lobak
putih,seleri, sawi putih, peria, ulam pegaga, ulam jantung pisang
9. Barli - air atau dibuat bubur
10. Air Soya, air horlicks, air milo
11. Madu, kurma
12. Oat
Tips merawat payudara bengkak :
1. Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layur pada api sehingga layu.Setelah agak
suam, tekap daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.
2. Tekup dengan kelopak kubis
3. Tuam dengan tungku di sekeliling payudara
4. Bagi bayi hisap dengan kerap (semasa sedang lapar)
Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.
sumber :
http://anakbonda.blogspot.com/
http://suhaidasupalio.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment