Wednesday, April 3, 2013






Daripada Ibn Umar ra Nabi bersabda

فعن ابن عمر رضي الله عنهما أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال : ( الحمى من فيح جهنم فأبردوها بالماء ) رواه البخاري 

demam datang dari luapan api neraka maka sejukkanlah ia dengan air. Hadis riwayat Bukhari. Lalu  sirami kepala si kecil dengan air sambil dibacakan surah al-Fatihah, 5 ayat pertama surah al-Baqarah, ayat kursi, 3 ayat terakhir surah al-Baqarah, ayat 21-24 surah al-Hasyr, surah al-mukminun 115 dan 3 Qul. seterusnya dimandikan dengan air tersebut. alhamdulillah selepas beberapa ketika si kecil berhenti menangis, badan kembali sejuk. Alhamdulillah atas petunjuk Nabawi dan barakah ayat-ayat Allah yang menjadi penawar.


Hikmah Demam 

a. Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa dia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)

Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun. Demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak 360. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.

والله أعلم بالصواب


sumber : Ustaz Dr Khairudin at-Takiri

0 comments:

Post a Comment

 

Jura Rahim Template by Ipietoon Cute Blog Design and Waterpark Gambang