Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Thursday, April 23, 2015

Assalamualaikum


Huh dah bersawang blog ni….
Ok nak share yang ni dulu untuk harini…sumber dari Marina Hassan


Tuesday, June 10, 2014

Monday, April 28, 2014

Padang Mahsyar

Salam Isnin.....

Perkongsian di pagi Isnin
Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar. para sahabat rasulullah saw tanye,mahsyar kat mane? Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan. tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian.ini terjadi bile malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali. kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.rujuk surah yasin ayat 52-54. ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).                                                                                                                    
Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang,ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi.kena tunggu entah berapa lama. lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab jawab nabi adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh,musa,isa, dan ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2. lalu pergi semua manusia kepada nabi muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan  hisab.  Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je, dek padatnya manusia pada hari itu.   Sebelum hisab bermula, kitab3 amalan kite akan turun dari arash. mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu. kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite, masih tak menjamin kite ke syurga. kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab. sebelum Allah mule hisab, Allah suruh kite bace semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia. tak de satu pun tertinggal. lepas habis   Allah akan tanye kite 3 soalan.                                                                                                                        
  1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid                   2)tak ingat                                                                                                                   3)apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan

  Setelah ditimbang di al mizan,didapati pahala kite melebihi dosa kita. seolah-olah sikit lagi kite ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanye kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2, etc. jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kite tadi terpaksa bagi kat diorang. Jika pahala dah habis, dosa diorang pulak kite tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).                                                                                                                                            Kita yang perempuan, jagalah diri  kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.   
                                                                                                                                   Hari mahsyar hari yang sangat dasyat . Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti,nak terkenal,takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti. Kedua,jagalah amanah dan kejujuran kite sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu.   Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan jgk simply boleh masuk dengan baik sorang2..so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. 

Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nt. Amin..                                                                                     

Wednesday, April 3, 2013






Daripada Ibn Umar ra Nabi bersabda

فعن ابن عمر رضي الله عنهما أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال : ( الحمى من فيح جهنم فأبردوها بالماء ) رواه البخاري 

demam datang dari luapan api neraka maka sejukkanlah ia dengan air. Hadis riwayat Bukhari. Lalu  sirami kepala si kecil dengan air sambil dibacakan surah al-Fatihah, 5 ayat pertama surah al-Baqarah, ayat kursi, 3 ayat terakhir surah al-Baqarah, ayat 21-24 surah al-Hasyr, surah al-mukminun 115 dan 3 Qul. seterusnya dimandikan dengan air tersebut. alhamdulillah selepas beberapa ketika si kecil berhenti menangis, badan kembali sejuk. Alhamdulillah atas petunjuk Nabawi dan barakah ayat-ayat Allah yang menjadi penawar.


Hikmah Demam 

a. Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa dia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)

Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun. Demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak 360. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.

والله أعلم بالصواب


sumber : Ustaz Dr Khairudin at-Takiri

Friday, March 29, 2013

PERANGKAP NYAMUK

Salam Jumaat,

Memandangkan sekarang banyak nyamuk meh saya kita sama-sama buat perangkap nyamuk....



HEALTH - LEARN TO MAKE A SIMPLE TRAP MOSQUITOES AND AGAINST DENGUE mosquitoes.

Items needed:

What we need is basically:
200 ml water
50 grams of brown sugar,
1 gram of yeast (yeast bread, found in any supermarket) and a 2-liter plastic bottle.


How to:
One. Cut the plastic bottle (PET type) in half. Storing the neck portion:
2nd. Mix brown sugar with hot water. Let cool. When cold, pour in the bottom half of the bottle.
3rd. Add the yeast. No need to mix. It creates carbon dioxide.
4th. Place the funnel part, upside down, into the other half of the bottle.
5th. Wrap the bottle with something black, minus the top, and put in some corner of your house.

In two weeks you will see the amount of mosquitoes and mosquitoes who died inside the bottle.

In addition to cleaning their homes, breeding sites of mosquitoes and mosquitoes, we can use this method very useful in: Schools, Nurseries, Hospitals, homes, ranches, farms, ranches, nurseries. etc. Do not forget Dengue in the coming months: this mosquito can kill a person! from salve o planeta (spanish)

sumber : ISLAM

Monday, March 25, 2013

Amalan Doa Untuk Memusnahkan Sel-Sel Kanser


DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.



Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.


sumber : fb Persatuan Ibu-Ibu Mengandung Yang Hebat

Thursday, May 5, 2011

Hati Yang Berbunga Munger



Ini dia 1st time buat sangat menjadi cuma terover sket...gebuss tahap gaban...
harini buat kali ke-2 dan bawak opis...alhamdulillah dapat pujian..
kembang sket rasa cuma x koyak jer baju...heheheh
nyummm...nyumm

Tuesday, April 19, 2011

Can U believe This !!!

RATUSAN telur direbus dengan menggunakan air kencing di wilayah Zhejiang, China dengan menggunakan resipi berusia ribuan tahun lalu.



BEIJING - Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.


Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa.

"Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari.

"Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya," katanya.

Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk ..



Uwekkk.....wek.....


Monday, March 21, 2011

Kahak Litupi Paru-Paru...a.k.a Bronkiul Akut

PADA malam itu anak perempuan Hanisah, Mia yang baru berusia enam bulan setengah tidak lena tidur. Sekejap-sekejap dia terjaga dan terbatuk.

Keesokan paginya selepas memandikan Mia, Hanisah menyusukan anaknya seperti biasa. Tetapi Mia kelihatan gelisah seakan-akan sukar untuk bernafas.
Mia menolak susu yang diberi Hanisah. Hanisah mula risau. Dia kemudian membawa anaknya ke hospital dan berjumpa doktor pakar.

Mia didiagnosis penyakit bronkiul akut. Nasib baik Hanisah cepat bertindak sementelah kahak telah berkumpul di hidung dan paru-paru Mia.

Keadaan lebih teruk berlaku pada Chacha. Bayi lelaki berusia lima bulan itu tidak tidur sepanjang malam. Nafasnya mengah dan dadanya berombak-ombak.
 
Kepalanya panas, batuknya kerap dan kadangkala tidak putus. Sesekali berbunyi nafas berdehit. Muntah
Ubat demam dan antibiotik yang dibekalkan sebuah klinik tidak dapat ditelan Chacha. Semuanya dimuntahkan semula.
 
Chacha kemudian dibawa ke hospital. Doktor memberitahu Chacha dijangkiti penyakit bronkiul akut pada tahap yang teruk.
 
Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diberikan bantuan pernafasan.

Lima hari Chacha berada di ICU dan tidak sedarkan diri. Setiap hari dia diberi Nebulizer (ubat cairkan kahak) sebelum kahaknya disedut menggunakan pam penyedut melalui hidung dan mulut.

Selepas seminggu, Chacha dapat bernafas seperti biasa dan dipindahkan ke wad biasa.
 
Namun, batuknya masih teruk dan berkahak. Selepas dua minggu, barulah Chacha dibenarkan pulang ke rumah.
 
“Penyakit bronkiul akut terjadi disebabkan jangkitan beberapa jenis virus pada paru-paru. Paling kerap ia disebabkan oleh virus sinsitium pernafasan (RSV).

“Virus itu menyebabkan paru-paru berkahak dan saluran pernafasan menjadi sempit.
 
“Ia biasanya menyerang kanak-kanak yang berusia di bawah dua tahun,” kata Pakar Kanak-Kanak, Hospital Pakar Al-Islam, Kuala Lumpur, Dr. Noor Aziah Mohd. Saari kepada Jurnal.

Ujarnya, jangkitan virus tersebut disebabkan oleh beberapa faktor.

Anak yang dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak memang lebih kerap mendapat jangkitan respiratori melalui batuk dan selesema secara tidak langsung daripada kanak-kanak lain.

“Ini kerana mereka terdedah kepada lebih ramai kanak-kanak daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
 
“Cara yang paling baik untuk mencegahnya ialah dengan mengasingkan kanak-kanak yang menghidap demam dan batuk di bilik berasingan dan dijaga oleh penjaga yang berlainan.
 
“Penyusuan susu ibu secara eksklusif juga lebih menguatkan antibodi seseorang bayi daripada dijangkiti pada usia yang sangat muda,” katanya yang berpengalaman selama 19 tahun dalam bidang perubatan kanak-kanak.
 
Berulang
Jelasnya, bronkiul akut juga sangat berkait rapat dengan persekitaran yang berhabuk, selain pendedahan kepada asap rokok serta binatang peliharaan di dalam rumah seperti kucing dan hamster.
 
Malah, pendedahan kepada asap rokok semasa di dalam kandungan mendedahkan bayi kepada risiko bronkiul akut dan asma.
 
Aziah memberitahu, penyebab penyakit ini adalah virus, jadi pengambilan antibiotik tidak berkesan kecuali jika terdapat jangkitan bakteria.
 
Namun, antivirus tidak digunakan secara meluas memandangkan ia mempunyai kesan sampingan.
Ditanya sama ada penyakit tersebut boleh berulang, Aziah memberitahu, bronkiul akut boleh berulang disebabkan radang yang menyerang paru-paru.

“Jika simptomnya berterusan selama lebih tiga bulan, keadaan mungkin menjadi kronik. Lebih lazim lagi, bronkiul akut sering berlaku pada kanak-kanak yang mempunyai sejarah alergi atau asma dalam keluarga.
 
“Dengan itu, simptom berpanjangan mungkin berkait rapat dengan masalah asma penghidap bronkiul akut.
 
“Penyakit ini boleh pulih sepenuhnya kalau dirawat pada peringkat awal terutama jika kanak-kanak itu tidak mempunyai sejarah asma atau alergi dalam keluarganya,” katanya.
 
Ulas Aziah lagi, bronkiul akut juga boleh menjadi lebih rumit jika berlaku jangkitan radang paru-paru disebabkan bakteria.
 
“Dalam keadaan yang lebih parah lagi, ia boleh mengakibatkan kegagalan respiratori akut, iaitu keadaan paru-paru tidak dapat berfungsi dengan baik dan paras oksigen dalam darah turun ke tahap yang berbahaya.

“Dalam keadaan ini, bantuan dengan mesin pernafasan adalah perlu,” katanya


** 2 minggu lepas Nia memang kena tanda-tanda macam ni...alhamdulillah sekarang dia dah ok..harap-harap dia akan terus ok...

harap anak ibu akan sihat selalu....

Thursday, March 17, 2011

Rumah Pertama Aku...Anda ... & Dia

Semalam otw balik dari pasar malam semalam..lalu depan blog rumah aku...tetiba ternampak banner to sale/to let.. apa lagi aku n hubby dok salin no phone..balik rumah kitorang try call tapi yang angkat chayanunalip...aku tanya dia..dia owner rumah yang nak jual tu ker...dia ingat aku salah dail number terus dia letak phone...frust haku....aku sms dia tanya...selang 10 minit dia sms dia kata nak sewakan jer....

Dalam hati kalau dah nak sewa kenapa gi letak banner to sale/to let...dan aku buat assumption aku rasa dia tak nak jual pada org melayu melainkan jual dengan bangsa dia sendiri jugak....

Cuba korang tengok sekeliling korang kan....berapa ramai chayanunalip yang ada rumah dan kebanyakkannya rumah mewah/teres/banglo...ramaikan dan majoritinya kaum dia..dan berapa ramai orang-orang kita melayu yang duduk rumah flat/PPRT/rumah murah dan sebagainya...

Seolah-olah orang kita tak mampu nak beli rumah mewah...dan kalau ada pun cuma 2-3 kerat jer....dan yang beli rumah mewah2 pun nun di hujung2 tanjung kat jin betendang (bak kata pepatah mak aku) kalau dekat kawasan bandar ni escpecially kat Lembah Klang ni berapa kerat sangat lerr..

Korang setuju tak dengan assumption aku tu.....eii geram geram...kalau korang ada harta janganla sesekali jual dengan kaum *$%.....*


Rumah idaman

p/s : ada tak sapa-sapa nak jual rumah kat aku....jangan yang bertingkat2 sudah ler...elergik rumah bertingkat2

Wednesday, March 16, 2011

Baru Beli Botol Susu BPA Free

Waktu Rehat pergi ke SOGO untuk beli botol susu BPA Free...nampaknyer ramai kaum2 ibu yang mengerumuni tempat botol susu termasuklah aku....so dapatla rembat Avent dan NUK ... sib baikla AVENT ada sale....murahla sikit...memang betul botol susu yang ada BPA Free amatlah mahal sekali....nampaknya dapat beli satu je la untuk Adam...


huhu botol susu saja dah cecah RM100....masak mak


Anak Anda Guna Botol Susu BPA Free Ke..??



Kerajaan mula haramkan botol yang mengandungi BPA 1 Mac 2012 (kenapa lambat sangat .. kenapa tak haramkan dari sekarang?)


Bisphenol A adalah bahan kimia yang yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas
makanan dan juga dalam teether bayi. Sifatnya yang mudah larut dan meresap ke dalam makanan dan minuman, bayangkan jika anak anda menggunakan botol BPA ini (termasukla anak aku..huhuhu)

BPA yang masuk ke dalam badan boleh mengakibatkan gangguan pada hormon estrogen.Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon dan sekali gus mendatangkan kesan lain pada tubuh
badan.


Pengkaji dari University of Cincinnati melaporkan, pendedahan terhadap air menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam

(air kosong).


Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang

dan merosakkan kromosom.

Identify no di bawah bekas plastik. Jika kita lihat di bawah botol plastik pasti kita akan nampak tanda seperti di bawah :



- No.1 adalah plastik berbahan Polyethylene Terephthalate (PET atau PETE) yang boleh 
  dipakai sekali sahaja.
- No.2 adalah High Density Polyethylene (HDPE) yang boleh dipakai sekali sahaja

- No.3 adalah Poly Viynl Chloride (PVC) yang tidak sesuai untuk produk makanan.

- No.4 adalah Low Density Polyethylene (LDPE). Jenis ini baik untuk bekas makanan.

- No.5 adalah Poly Propylene (PP). Jenis terbaik dan baik untuk bekas makanan.

- No.6 adalah Poly Styrene (PS) yang sangat berbahaya kerana dapat mengganggu otak dan sistem reproduksi.

- No.7 disediakan bagi plastik jenis lain yang tidak masuk ke kelompok 1 sampai 6 Salah satunya adalah Poly Carbonate (Poli Karbonat).-Sangat Bahaya.
 
Macam mana nak tau botol BPA Free ?

Botol susu BPA-Free dimana harganya lebih mahal berbanding botol susu BPA biasa. BPA-Free adalah botol yang lebih lembut dan tak lutsinar sangat macam botol susu BPA.

List Botol Susu BPA Free antaranya :

Safety Plus

Avent


Basilic

Eventflo

Puku Pes

NUK










Monday, March 7, 2011

Singapura Diserang Epidemik Batuk,Demam Dan Sakit Tekak. Malaysia???

kredit to mr google


Friday, January 21, 2011



SINGAPURA ISTYIHAR BATUK, SAKIT TEKAK DAN DEMAM SEBAGAI EPIDEMIK: 20,000 PENDUDUK DAPATKAN RAWATAN SETAKAT INI


KENAIKAN mendadak pesakit mengalami batuk, sakit tekak dan demam di Singapura, telah memasuki tahap epidemik atau wabak.

Ini berikutan hampir 20,000 pesakit mendapatkan rawatan di Poliklinik negara itu sehingga kini dan kenaikan mendadak pesakit dikesan apabila angkanya mencecah 3,341 orang sepanjang minggu lalu.

Jumlah itu meningkat berbanding 2,842 orang pada minggu sebelumnya. Di negara itu, jumlah pesakit yang didafttarkan melebihi 17,032 orang bagi satu-satu jenis penyakit akan dikatogerikan sebagai wabak.


Kini angka itu dijangka akan terus meningkat dan Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah perlu menangani wabak Acute Respiratory Infection (ACI) itu yang dikatakan datang menyerang rakyatnya secara tiba-tiba.-ST

Sumber : MutiaraIndahSpa



 Malaysia...memang dah melanda dah...dan dah banyak sangat yang kena terutama kanak-kanak. salah seorangnya anak saya NIA ZAHRA...kesian sejak dari 5 bulan hinggala sekarang 10 bulan demam, batuk, selsema silih berganti.Kesian kat budak kecik....minggu lepas seminggu demam sampai lepek...bawak ke Ampang Puteri jumpa Dr. Lim (Dr ni bagus untuk kanak-kanak) nasib baik tak kena tahan wad pada mulanya Dr. suggest tapi nasib baik dia kasi choice untuk injection takdela kena tahan wad....kalau tak kesian anak ibu...tak sanggup rasanya tengok budak kecik duduk kat wad..dah tentu kena cucuk sana cucuk sini....tak sangguupppp...
 

Jura Rahim Template by Ipietoon Cute Blog Design and Waterpark Gambang