Monday, August 8, 2011

Jom Beli Minyak Hitam....

Tuesday, August 2, 2011

Alhamdulillah ......

Hari ini 2 Ramadhan. 1 berita yang begitu mengejutkan bagi aku dan yang tidak disangka-sangka. Rupanya ada satu nyawa dalam badanku. Maafkan ibu. Minggu lepas dah buat pregnancy test sendiri tapi -ve tak sangka jumpa doc tadi scan, rupa-rupanya ada anak ibu...dah 2 bulan kau berada dalam perut ibu....semoga kau sihat sayang...
Nampaknya Abang Adam dan Kakak Nia akan tambah geng bermain la yer....
Patutla kakak Nia dah tak nak susu badan...rupanya ada adik dalam perut ibu yerr...
Semoga kau sihat dan sempurna sayang...
Ya Allah jika dia ditakdirkan menjadi milikku kekalkanlah ia di dalam rahimku....aminnn

Monday, August 1, 2011

Anak Permata Hati

Pagi ini 1 Ramadhan aku telah berkunjung ke web ini http://mayyonnizz.blogspot.com dan bila aku membacanya telah membuatkan air mata menitik.

Kisah Allana Qish membuatkan betapa aku sedar bahawa anak-anak adalah sangat berharga dan hanya dipinjamkan sementara.

Bersyukurlah kita dengan anak-anak yang dianugerahkan oleh ALLAH.

Al-Fatihah untuk adik ALLANA QISH-bidadari syurga

Semoga ibumu menjadi ibu yang tabah menghadapi ujian Tuhan

 

Jura Rahim Template by Ipietoon Cute Blog Design and Waterpark Gambang