Monday, April 15, 2013
Monday, April 8, 2013
Butterscotch Pecan Cheesecake
Bahannya
150g biskut marie coklat
50g mentega
Filling
500g cream cheese
165g gula castor
1 sudu kecil vanila extract (saya guna esen vanila)
2 biji telur (gred B)
1 sudu besar tepung gandum
60g pecan (disangai garing dan cincang halus)
Butterscotch Topping
75g gula perang
40g mentega
1 sudu besar whipping cream
Cara membuatnya
1. Kisar halus biskut, gaulkan mentega hingga adunan boleh dikepal dan tekan sebagai asas dalam loyang jenis springform tin saiz 20cm. Tekan padat dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
2. Untuk membuat filling: putar cream cheese + gula + vanila esen hingga gula hancur dan adunan halus. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian gaulkan tepung dan pecan menggunakan spatula sahaja
3. Keluarkan loyang berisi biskut dari peti sejuk dan tuangkan adunan cheese.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 140-160C selama 45 minit
5. Bila kek sudah masak, biarkan kek dalam oven dengan penutup oven terbuka
6. Apabila kek sudah sejuk, buat buterscotch topping - panaskan dengan api kecil semua bahan dalam periuk kecil sehingga sebati dan gula larut.
7. Tuang dan ratakan topping ke atas kek
8. Sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dihidang
sumber : Kongsi Resepi
Labels:
Resepi
Wednesday, April 3, 2013
Daripada Ibn Umar ra Nabi bersabda
فعن ابن عمر رضي الله عنهما أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال : ( الحمى من فيح جهنم فأبردوها بالماء ) رواه البخاري
demam datang dari luapan api neraka maka sejukkanlah ia dengan air. Hadis riwayat Bukhari. Lalu sirami kepala si kecil dengan air sambil dibacakan surah al-Fatihah, 5 ayat pertama surah al-Baqarah, ayat kursi, 3 ayat terakhir surah al-Baqarah, ayat 21-24 surah al-Hasyr, surah al-mukminun 115 dan 3 Qul. seterusnya dimandikan dengan air tersebut. alhamdulillah selepas beberapa ketika si kecil berhenti menangis, badan kembali sejuk. Alhamdulillah atas petunjuk Nabawi dan barakah ayat-ayat Allah yang menjadi penawar.
Hikmah Demam
a. Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa dia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)
Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun. Demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak 360. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.
والله أعلم بالصواب
sumber : Ustaz Dr Khairudin at-Takiri
Labels:
Artikel
Subscribe to:
Posts (Atom)