Wednesday, March 16, 2011

Anak Anda Guna Botol Susu BPA Free Ke..??



Kerajaan mula haramkan botol yang mengandungi BPA 1 Mac 2012 (kenapa lambat sangat .. kenapa tak haramkan dari sekarang?)


Bisphenol A adalah bahan kimia yang yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas
makanan dan juga dalam teether bayi. Sifatnya yang mudah larut dan meresap ke dalam makanan dan minuman, bayangkan jika anak anda menggunakan botol BPA ini (termasukla anak aku..huhuhu)

BPA yang masuk ke dalam badan boleh mengakibatkan gangguan pada hormon estrogen.Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon dan sekali gus mendatangkan kesan lain pada tubuh
badan.


Pengkaji dari University of Cincinnati melaporkan, pendedahan terhadap air menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam

(air kosong).


Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang

dan merosakkan kromosom.

Identify no di bawah bekas plastik. Jika kita lihat di bawah botol plastik pasti kita akan nampak tanda seperti di bawah :



- No.1 adalah plastik berbahan Polyethylene Terephthalate (PET atau PETE) yang boleh 
  dipakai sekali sahaja.
- No.2 adalah High Density Polyethylene (HDPE) yang boleh dipakai sekali sahaja

- No.3 adalah Poly Viynl Chloride (PVC) yang tidak sesuai untuk produk makanan.

- No.4 adalah Low Density Polyethylene (LDPE). Jenis ini baik untuk bekas makanan.

- No.5 adalah Poly Propylene (PP). Jenis terbaik dan baik untuk bekas makanan.

- No.6 adalah Poly Styrene (PS) yang sangat berbahaya kerana dapat mengganggu otak dan sistem reproduksi.

- No.7 disediakan bagi plastik jenis lain yang tidak masuk ke kelompok 1 sampai 6 Salah satunya adalah Poly Carbonate (Poli Karbonat).-Sangat Bahaya.
 
Macam mana nak tau botol BPA Free ?

Botol susu BPA-Free dimana harganya lebih mahal berbanding botol susu BPA biasa. BPA-Free adalah botol yang lebih lembut dan tak lutsinar sangat macam botol susu BPA.

List Botol Susu BPA Free antaranya :

Safety Plus

Avent


Basilic

Eventflo

Puku Pes

NUK










0 comments:

Post a Comment

 

Jura Rahim Template by Ipietoon Cute Blog Design and Waterpark Gambang